Ketua Pembangkang (Malaysia)
Ketua Pembangkang (Malaysia)

Ketua Pembangkang (Malaysia)

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negara.Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Kerajaan didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian". Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan.Ketua Pembangkang terkini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membentuk Pakatan Rakyat. Anwar dilantik ke jawatan itu selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.Walau bagaimanapun, istilah ini tidak semestinya merujuk kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana wujudnya parti-parti pembangkang lain di luar PR. Antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).Semenjak May 2018, Barisan Nasional ialah pembangkang resmi di MalaysiaSelain itu, gelaran "pembangkang" juga boleh diberikan di peringkat negeri, misalnya kerajaan persekutuan BN telah lama menjadi pembangkang di Kelantan.[1]

Rujukan

WikiPedia: Ketua Pembangkang (Malaysia) //scholar.google.com/scholar?q=%22Ketua+Pembangkan... //www.google.com/search?&q=%22Ketua+Pembangkang%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Ketua... //www.google.com/search?q=%22Ketua+Pembangkang%22+... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Ketua+Pemba... http://www.themalaysiantimes.com.my/anwar-disquali... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=Pil... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-051... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-061...